
MAFHUM FIRMAN ALLAH SWT:
"Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan."
Surah al-Kauthar, Ayat 2.
PROGRAM KORBAN DAN AKIKAH BERSAMA TAHFIZ ABADA
KORBAN DAN AKIKAH ANDA, KAMI URUS
JOM SERTAI KAMI MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN
SETIAP PENYERTAAN KORBAN AKAN DIURUSKAN OLEH KAMI.
BUKTI PERLAKSANAAN KORBAN DAN PENGAGIHAN AKAN DILAPORKAN KEPADA PARA PESERTA.
SETIAP PENYERTAAN AKAN DIBERIKAN SIJIL PENYERTAAN SEBAGAI TANDA TELAH MELAKSANAKAN KORBAN PADA TAHUN INI.
KELEBIHAN IBADAH KORBAN
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan bacakanlah ke atas mereka itu berkenaan berita dua anak Nabi Adam dengan kebenaran, ketika mana keduanya melaksanakan ibadah korban, lalu diterima korban salah seorangnya dan tidak diterima korban yang satu lagi. (Qabil) berkata: Nescaya aku akan membunuh kamu. Sesungguhnya Allah hanya menerima dari kalangan orang yang bertakwa." Surah Al-Maidah ayat 27.
"Gemukkanlah haiwan-haiwan korban kalian, kerana sungguh haiwan itu adalah kendaraan kalian saat melewati sirat (jambatan) kelak". (HR. Ad-Dailami no. 628).
FADHILAT IBADAH KORBAN
1. Berkongsi rezeki & nikmat Allah.
Berkorban mendidik kita yang rezeki adalah pemberian Allah SWT. Maka ini mengajarkan kita agar tidak sombong dengan hasil titik peluh kita.
2. Didik diri untuk jauhkan diri dari harta
Daging korban lebih adfal disedekahkan kepada orang fakir miskin. Jadi ini mendidik kita agar tidak mementingkan diri.
3. Uji iman & mental orang yang berkorban.
Ibadah inimempunyai pelbagai syarat sah yang perlu dipenuhi, bermula daripada pemilihan haiwan, proses sembelihan dan juga agihan daging. Semua ini menguji iman dan kesabaran orang yang berkorban
4. Budayakan syiar Islam dalam masyarakat
Berkorban merupakan sunnah yang sentiasa dilaksanakan Baginda SAW. Pelaksanaan korban setiap tahun secara tidak langsung menghidupkan budaya islam.
5. Rapatkan silaturrahim di kalangan orang Islam”
Pelaksanaan ibadah korban memerlukan tenaga yang ramai. Jadi sepanjang proses korban ini dapat merapatkan silaturrahim antara jiran tetangga, ahli qariah dan juga jurang antara mereka yang berada dan kurang berkemampuan.
Institut Abada merakamkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua yang menyertai Program Korban dan Akikah. Institut ini telah melahirkan lebih 1000 Huffaz dengan sokongan dan bantuan tuan/puan DERMAWAN BUDIMAN PRIHATIN. Hanya Allah SWT yang mampu memberi ganjaran yang sebaiknya kepada semua.
SEBARKAN & KONGSIKAN KEPADA AHLI KELUARGA DAN KENALAN