Wakaf_Dewan_Terbuka_Abada

TAWARAN SKIM WAKAF PEMBANGUNAN 2024

INSTITUT PENDIDIKAN ISLAM DAN TAHFIZ AL-QURAN (ABADA)

WAKAF PEMBINAAN DEWAN TERBUKA


CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH DEWAN TERBUKA

BERKELUASAN 2,500 KPS DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DENGANNYA


INSTITUT PENDIDIKAN ISLAM DAN TAHFIZ AL-QURAN (ABADA) MENAWARKAN SKIM WAKAF PEMBANGUNAN 

DEWAN TERBUKA ABADA, DIMANA DEWAN INI AKAN DIGUNAKAN SEBAGAI PUSAT AKTIVITI UTAMA 

MELIBATKAN PROGRAM-PROGRAM ILMIAH, PENGAJIAN KITAB-KITAB DAN AKTIVITI PELAJAR.

Dengan pembinaan Dewan ini akan melengkapkan prasarana Institut Abada bagi memberi khidmat terbaik

mendidikan anak Negara Bangsa menjadi anak yang soleh.

ANGGARAN KOS PEMBINAAN DEWAN TERBUKA SELUAS 2,500 KPS ADALAH SEBANYAK

RM 150,000.00

Pihak kami membahagikan kepada 3,000 lot wakaf dengan 1 lot bernilai RM 50.00 sahaja. kami juga menerima sumbangan di bawah nilai tersebut.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 92; yang mafhumnya:

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."

Diriwayatkan bahawa apabila Abu Talhah mendengar sahaja ayat 92 dari surah Ali Imran, maka beliau segera untuk mewakafkan harta yang paling disayanginya iaitu kebun Bairuha’. Kata beliau kepada Rasulullah SAW: Sesungguhnya Tuhan kita meminta untuk kita mengeluarkan infak daripada harta kita, maka aku bersaksikan kamu wahai Rasulullah SAW, bahawa aku menjadikan tanah ini milik Allah SWT (untuk diwakafkan). 

Riwayat al-Nasaie (3602)


PIHAK KAMI JUGA MENAWARKAN SKIM DANA PENYELENGGARAAN FASILITI SEDIA ADA

UNTUK DIBAIKPULIH DAN DISELENGGARA DENGAN ANGGARAN KOS SEBANYAK

RM 50,000.00 SETAHUN




Sebahagian bangunan yang sedia ada seperti Surau, Bangunan Pengajian 3 tingkat, Bangunan Asrama dan lain-lain lagi. Bangunan-bangunan ini perlu diselenggara bagi memastikan ianya selamat dan selesa.

JOM BANTU KAMI DENGAN WAKAF ANDA

Allah s.w.t telah berfirman, mafhumnya : "Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa."

(Ayat 115, Surah Ali’ Imran)

Tan Sri/Puan Sri, Dato'/Datin, Tuan/Puan, Muslimin/Muslimat boleh terus menyumbang kepada kami dengan SCAN QR CODE MAYBANK di bawah dan slip transfer hantar kepada whatsapp 019-4791744



Institut Abada merakamkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua yang telah menyumbang dan mewakafkan harta bagi membantu Institut ini terus berkembang dan beroperasi selama lebih 25 tahun sejak 1996 memberi khidmat pendidikan Islam Dan Al-Quran kepada Anak Negara Bangsa. Institut ini telah melahirkan lebih 1000 Huffaz dengan sokongan dan bantuan tuan/puan DERMAWAN BUDIMAN PRIHATIN. Hanya Allah SWT yang mampu memberi ganjaran yang sebaiknya kepada semua.

sebarang pertanyaan dan urusan resit boleh whatsapp 019-4791744 (Ustaz Zia). https://wasap.my/60194791744

SEBARKAN & KONGSIKAN KEPADA AHLI KELUARGA DAN KENALAN



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf_Bangunan
Infaq_Pembangunan
INFAQ TABARRU'
Bantuan Zakat Harta
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN