
WAKAF PANEL SOLAR
UNTUK PENJIMATAN ELETRIK MAAHAD TAHFIZ
5 KELEBIHAN PENGGUNAAN TENAGA SOLAR
1. MENJIMATKAN KOS ELEKTRIK
2. SUMBER TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI
3. MENGURANGKAN KEPANASAN GLOBAL
4. KOS PENYELENGGARAAN RENDAH
5. TENAGA SOLAR LEBIH SELAMAT
Tenaga solar perlu diperluas segera, berpotensi jadi sumber penting elektrik negara - Pakar
Menyahut saranan ini, Tahfiz Abada tidak mahu ketinggalan dalam isu ini.
Bagi merealisasikan hasrat ini, pihak kami menawarkan pakej Wakaf Panel Solar
yang bernilai 1 Lot RM 50.00 untuk mencapai target kos sebanyak
RM 100,000.00
Bagi menjimatkan kos elektrik untuk 4 bangunan utama Tahfiz Abada, iaitu Surau, Bangunan Pengajian 3 tingkat, Asrama 2 tingkat dan Asrama setingkat dan lain-lain bangunan di dalam Kompleks Pendidikan Islam Abada, pemasangan panel solar amat diperlukan. Anggaran kos pemasangan adalah sebanyak RM 100, 000.00 dan pihak kami membuka kepada muslimin/muslimat Skim Wakaf Panel Solar dengan nilai 1 lot RM 50.00.
Dengan pemasangan panel solar ini akan memberi penjimatan kos elektrik dan akan memberi keselesaan kepada para pelajar.
JOM BANTU KAMI DENGAN WAKAF ANDA
Allah s.w.t telah berfirman, mafhumnya : "Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa."
(Ayat 115, Surah Ali’ Imran)
Antara hikmah yang terdapat di dalam ibadah wakaf ialah:
Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
Mendapat pahala kebajikan yang berkekalan semasa hidup dan selepas waqif meninggal dunia.
Berkongsi manfaat harta wakaf dalam kalangan masyarakat Islam.
Mengukuhkan perpaduan ummah
Institut Abada merakamkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua yang telah menyumbang dan mewakafkan harta bagi membantu Institut ini terus berkembang dan beroperasi selama lebih 25 tahun sejak 1996 memberi khidmat pendidikan Islam Dan Al-Quran kepada Anak Negara Bangsa. Institut ini telah melahirkan lebih 1000 Huffaz dengan sokongan dan bantuan tuan/puan DERMAWAN BUDIMAN PRIHATIN. Hanya Allah SWT yang mampu memberi ganjaran yang sebaiknya kepada semua.
SEBARKAN & KONGSIKAN KEPADA AHLI KELUARGA DAN KENALAN