
PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1446H
INSTITUT PENDIDIKAN ISLAM DAN TAHFIZ AL-QURAN (ABADA)
MAJLIS TADARUS AL-QURAN 30 JUZUK
SETIAP HARI SEPANJANG RAMADHAN
AKTIVITI YANG BERGUNA DARIPADA ANAK YANG SOLEH
Sempena Bulan Ramadhan Mubarak, kami ingin mengajak Tuan/Puan, Muslimin/Muslimat Budiman berkongsi rezeki dengan anak-anak pelajar tahfiz dengan memberi sumbangan dalam MAJLIS TADARUS AL-QURAN 30 JUZUK sepanjang Ramadhan.
Sumbangan ini diletakkan di dalam Dana Pendidikan dan Kebajikan bagi memenuhi keperluan Pendidikan dan Kebajikan pelajar.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang melakukan amalan sunat daripada perkara kebaikan di dalamnya (bulan Ramadan), sama seperti pahalanya melakukan amalan fardu di bulan-bulan lain. Sesiapa yang melakukan amalan fardu (di bulan Ramadan), sama seperti pahalanya menunaikan 70 amalan fardu di bulan-bulan yang lain.” Sahih Ibn Khuzaimah (1887)
Aktiviti ini memberi peluang kepada anak soleh berbakti kepada ibubapa dan keluarganya. Pahala bacaan 30 juzuk Al-Quran diniatkan sedeqah kepada arwah-arwah ahli keluarga yang telah meninggal dunia dan segala hajat muslimin dan muslimat untuk kesembuhan, kejayaan dan angkat segala kesusahan.
Antara amal-amal ibadah yang digalakkan untuk diperbanyakkan di bulan Ramadan termasuklah juga membaca al-Quran. Hal ini kerana Rasulullah SAW sendiri bertadarus bersama Jibril di malam hari bulan Ramadan. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA, bahawa beliau berkata: Maksudnya: "Rasulullah SAW adalah manusia yang paling pemurah (banyak bersedekah) terutama di bulan Ramadan ketika malaikat Jibril AS menemuinya. Jibril AS datang kepada Baginda SAW setiap malam di bulan Ramadan, lalu mereka saling bertadarus al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah SAW orang yang paling pemurah dengan kebaikan (kepada orang yang memerlukan) lebih laju daripada tiupan angin." Riwayat al-Bukhari (3220).
MARI KITA BERSAMA-SAMA ANAK-ANAK TAHFIZ DENGAN MEMBANTU MEREKA DENGAN BERKONGSI REZEKI. SEMOGA USAHA KITA AKAN DIGANJARKAN PAHALA YANG BANYAK SERTA ALLAH MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA DAN MENGAMPUNKAN KITA DI AKHIR RAMADHAN.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
SUMBANGAN BOLEH TERUS MELALUI SCAN QR CODE DI BAWAH DENGAN TAIP RUJUKAN : Infaq_Taddarus
atau isi borang sumbangan di bawah, sertakan nama arwah atau hajat dan buat sumbangan melalui transfer online banking atau toyyib pay.
Lebih mudah dan terus dapat resit.


