
JOM INFAQ RAMADHAN
TAJAAN HARIAN
PENYEDIAAN SAHUR, BERBUKA DAN MOREH
SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1445/2024
ANTARA PERKARA YANG SANGAT DIANJURKAN DI DALAM BULAN RAMADHAN ADALAH MEMBERI MAKAN KEPADA MEREKA YANG BERPUASA. IANYA ADALAH DARI JENIS SEDEKAH BAHKAN MEMPUNYAI GANJARANNYA YANG TERSENDIRI.
JOM KONGSI REZEKI!
Hadith yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” Hadis Riwayat al-Tirmizi.
Sebagai sebuah Institusi yang ditubuhkan atas dasar PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN (WAKAF), kami amatlah memerlukan bantuan dan sokongan berterusan daripada AHLI TABARRU' DAN PARA DERMAWAN BUDIMAN PRIHATIN untuk sama-sama berjuang dan berjihad menerusi INFAQ FI SABILLAH dalam bidang PENDIDIKAN ISLAM DAN AL-QURAN.
PROGRAM IHYA RAMADHAN
Setiap tahun, Abada menjalankan Program Ihya Ramadhan yang merangkumi program Solat Tarawih, Solat Qiam, Tilawah & Zikir Tahlil dan Majlis Ifthor (berbuka puasa), sahur dan moreh. Sehubungan dengan itu, pihak Abada amat mengalu-alukan keterlibatan AHLI TABARRU' DAN PARA DERMAWAN BUDIMAN PRIHATIN dalam membantu dengan mengeluarkan sumbangan bagi meringankan beban menyediakan makanan untuk pelajar bersahur, berbuka dan moreh serta lain-lain keperluan sepanjang program Ihya Ramadhan. Lebihan daripada dana sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Dana Pendidikan dan Kebajikan bagi membantu menampung kos operasi sepanjang tahun.
TAJAAN HARIAN INFAQ RAMADHAN
100 ORANG PELAJAR LELAKI & PEREMPUAN
SAHUR RM 500.00
BERBUKA RM 700.00
MOREH RM 300.00
SEHARI RM 1500.00
* sumbangan dibuka mengikut kemampuan penyumbang. Nilai di atas hanya anggaran kos yang diperlukan bagi menyediakan makan dan minum seharian dibulan Ramadhan. Tiada had minima dan maksimum.
Institut Abada merakamkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua yang telah menyumbang dan mewakafkan harta bagi membantu Institut ini terus berkembang dan beroperasi selama lebih 25 tahun sejak 1996 memberi khidmat pendidikan Islam Dan Al-Quran kepada Anak Negara Bangsa. Institut ini telah melahirkan lebih 1000 Huffaz dengan sokongan dan bantuan tuan/puan DERMAWAN BUDIMAN PRIHATIN. Hanya Allah SWT yang mampu memberi ganjaran yang sebaiknya kepada semua.
SEBARKAN & KONGSIKAN KEPADA AHLI KELUARGA DAN KENALAN