
PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1446 HIJRIAH
INSTITUT PENDIDIKAN ISLAM DAN TAHFIZ AL-QURAN (ABADA)
SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1446H, TAHFIZ ABADA AKAN MENGADAKAN PELBAGAI AKTIVITI DI BAWAH PROGRAM IHYA' RAMADHAN. ANTARA PROGRAM YANG DI ATUR SEPERTI MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SAHUR, MAJLIS TADDARUS AL-QURAN, MAJLIS KHATAM AL-QURAN, SOLAT TARAWIH DAN KULIAH-KULIAH AGAMA.
Sehubungan dengan itu, pihak kami membuka peluang kepada para dermawan budiman prihatin, muslimin dan muslimat, yang menuntut meningkatkan amal ibadah dan pahala disepanjang Ramadhan tahun ini, membantu kami menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur. Program Tajaan Berbuka Puasa dan Sahur ini akan membantu kami meringankan beban kos penyediaan makan minum kepada pelajar dan guru yang terlibat menjayakan program Ihya' ramadhan ini.
Daripada Zaid bin khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang memberi makan orang yang BERPUASA maka baginya PAHALA seumpamanya tanpa sedikit pun kurang PAHALA orang yang berpuasa."
(Hadis Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
SEMOGA SUMBANGAN ANDA SEMUA AKAN DIGANJARKAN PAHALA DAN KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT. HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG LAYAK MEMBERI SEBAIK-BAIK BALASAN DAN GANJARAN.
Hadis Rasulullah SAw yang bermaksud;
“Dan sesiapa yang memberi kekenyangan kepada orang yang berpuasa maka dia akan mendapat keampunan atas dosa-dosanya,”
(Riwayat Ibn Khuzaimah, no.1878)
Pihak Kami memerlukan kos sebanyak RM 1,000.00 sehari untuk menampung penyediaan sajian berbuka puasa dan sahur sebagai tambahan bagi peruntukkan yang sedia ada untuk 150 orang pelajar serta guru-guru dan kakitangan. Dibahagikan kepada RM 500.00 untuk berbuka dan RM 500.00 untuk sahur. Para penyumbang boleh menyumbang serendah RM 100.00 sebagai tanda sokongan kepada program ini. Para penyumbang boleh memilih pakej/produk di bawah dan hari ramadhan pilihan bermula 1 ramadhan hingga 25 ramadhan (mengikut kekosongan yang ada). Sekiranya penuh tuan/puan masih boleh menyumbang untuk tujuan dan hajat yang lain di dalam pakej-pakej di dalam web ini https://tahfizabada.onpay.my



